Thursday 7 November 2013

MISI BIMBINGAN & KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan;
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia;
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik;
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling;
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid ;
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

Wednesday 6 November 2013

VISI BIMBINGAN & KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terputik dan kondusif di sekolah.

FALSAFAH BIMBINGAN & KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digemblingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

TENTATIF SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN JAMUAN AKHIR TAHUN 2013

Berikut adalah tentatif sambutan Hari Kanak-kanak dan Jamuan Akhir Tahun 2013.

MASA
AKTIVITI

7.40 pagi – 9.00 pagi
  • Bacaan doa
  • Ucapan Guru Besar
  • Ucapan wakil murid


8.00 pagi – 10.00 pagi
  • Persembahan pembukaan dari murid prasekolah
  • Persembahan peserta mengikut giliran
  • Persembahan khas
  • Penyampaian hadiah

10.00 pagi – 11.30 pagi
  • Jamuan akhir tahun di dalam kelas

11.30 pagi – 12.00 tengah hari
  • Gotong-royong membersihkan kelas

12.00 tengah hari
  • Bersurai


Persembahan oleh para peserta persembahan perlu mengikut giliran yang telah ditetapkan. Giliran tersebut adalah seperti berikut : -

GILIRAN
PESERTA
PERSEMBAHAN
1
Tahun 4
Lakonan
2
Tahun 1
Bercerita
3
Tahun 2
Pakaian Beragam
4
Tahun 3
Nyanyian
5
Tahun 4
Tarian
6
Tahun 5
Syair/Sajak

Sunday 3 November 2013

HUBUNGI KAMI

Anda ada masalah, kami sedia membantu. Sila hubungi kami di alamat berikut : -

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara,
Jalan BK 3/8 Bandar Kinrara,
47180 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon : 03-8076 9376
No. Faximili : 03-8076 3120
Email : bnksks2bk@gmail.com